Domain tips.my ini dibeli pada tanggal 8 Jun 2012, bersempena dengan ulang tahun ke-2 Pendaftar Domain MY. Semenjak daripada tarikh itu, tips.my telah pun memulakan operasi secara belakang tabir. Segala perihal berkaitan harus diselesaikan dulu sebelum dilancarkan. Oleh itu, kami mengambil masa untuk mengemaskini tema blog dan juga plugins-plugins yang berkaitan untuk memberikan kepuasan kepada pelawat.
Namun, disebabkan kesuntukan masa, sibuk dengan kerja dan hal-hal peribadi lain selain daripada menguruskan blog kakuleter.com dan wuiyo.com, masa yang diambil untuk post rasmi pertama ini agak panjang. Pada hari ini, 11 Ogos 2012, tips.my mendapat post rasminya yang pertama.
Sebelum ini, kami telah menyiarkan beberapa post untuk tujuan ujian. Ujian yang dimaksudkan ialah ujian kesesuaian plugins, theme dan juga aplikasi pihak ke tiga seperti facebook dan twitter. Setakat hari ini, kami berasa sangat berpuas hati dengan kondisi tips.my dan akan memulakan operasi bermula dari tarikh ini. Post-post baru akan ditambah dari semasa ke semasa.
Kami berharap agar para pelawat akan mendapat input hasil daripada pelayaran anda di dalam laman blog kami dan kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai tips.my, sila layari bahagian tentang.